FAQ tentang Perpatih

1. Perpatih tu  apa?

  • Perpatih atau nama penuhnya Perpatih Cycling Club ialah sebuah kelab berbasikal. Pada masa ini lokasi kami adalah di Senawang.

2. Kenapa pakai nama Perpatih? Kenapa tak pakai nama Kelab Basikal Senawang?

  • Nama Perpatih melambangkan Negeri Sembilan. Kelab ini pun ditubuhkan untuk mengumpulkan seramai ahli dari Negeri Sembilan. Kalau kami pakai nama Senawang nanti orang Kuala Pilah atau Rembau mungkin tidak berminat untuk menyertainya. Lagipun  nama Kelab Basikal Senawang tu skema sangat bunyinya.

3. Saya berasal dari Selangor, boleh ke saya join Perpatih?

  • Buleh sajo, asalkan anda tahan mendengar celoteh kami dalam slang nogori. Keahlian kami tidak mengenal sempadan, kami sanjung tinggi keinginan anda untuk bersama-sama dengan kami lagipun ramai di kalangan Perpatih yang boleh berbicara dengan bahasa biasa. Orang dari negeri Kelantan pun ada yang masuk suku join Perpatih.

4. Basikal jenis apa yang boleh join kelab?

  • Kebanyakan ahli-ahli kami menggunakan basikal MTB dan racing. Namun begitu kami tidak mengehadkan basikal MTB dan racing sahaja. Apa-apa jenis basikal pun boleh asalkan ia menggunakan kuasa kaki untuk menggerakkannya. Yang penting kayuh.

5.  Ada had umur untuk join Perpatih?

  • Tidak. Penyertaan adalah terbuka kepada semua peringkat umur dari muda hingga tua dan terbuka kepada semua bangsa dan agama. Namun begitu kepada yang berumur bawah 18 tahun, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa anda.

6. Bagaimana dengan yuran?

  • Kelab kami mengenakan yuran yang paling murah di dunia. Kami hanya mengenakan yuran tahunan berjumlah RM20 sahaja yang digunakan untuk urusan pengurusan kelab seperti duit minyak atau top up ahli yang terpaksa bertugas untuk Perpatih.

7. Boleh cerita sedikit tentang aktiviti kayuhan Perpatih?

  • Setakat ini kami berkayuh pada hari Rabu , Jumaat serta Ahad. Pada hari Rabu dan Jumaat kami akan berkayuh pada waktu malam di jalanraya biasa. Laluan kami adalah Bukit Putus, Rantau, Mambau dan Seremban 2.
  • Untuk kayuhan off road kami biasanya akan berkayuh pada hari Ahad dan taman permainan kami adalah di ladang kelapa sawit di sebelah Taman Bandar Senawang menuju ke Taman Tuanku Jaafar dan terus ke Cendol Leman Dawi.
  • Kami juga ada membuat kayuhan outstation seperti di FRIM, Putrajaya Challange Park serta bila mendapat jemputan dari rakan berbasikal dari kelab lain.
  • Kami juga akan menyertai jamboree berbasikal yang diadakan. Kami menggalakkan ahli-ahli untuk menyertainya kerana ia dapat meningkatkan skill serta dapat berkenalan dan menikmati cabaran baru.

8. Saya budak baru belajar, segan nak join dengan otai-otai Perpatih ni.

  • Percayalah, kebanyakan dari ahli Perpatih adalah mereka yang baru kerkecimpung di dalam bidang ini. Kami juga bermula dari asas seperti anda. Umur ahli adalah pelbagai, dari belasan tahun hingga ke warga emas.
  • Kami faham yang anda mungkin takut kami akan kayuh dengan laju dan meninggalkan anda dikejar anjing berseorangan. Ingin kami tegaskan di sini, falsafah kami ialah “no one will be left behind”. Kami akan memastikan sweeper (otai) akan mengiringi anda di sepanjang kayuhan dan otai juga akan menunjuk ajar anda supaya anda lebih yakin dengan kemampuan anda. Di sepanjang kayuhan kami akan menyediakan check point untuk berehat dan meneguk air. Sebagai warga Perpatih, kami mahu anda “enjoy dan have loads of fun cycling”. Kami tidak mahu anda kayuh cuma sekali dan menggantung basikal buat selama-lamanya.

9. Apa yang seronoknya dengan kayuh basikal ni, jogging dan main futsal pun boleh keluar peluh?

  • Setuju dengan anda, namun begitu jogging dan futsal adalah satu aktiviti yang memberikan tekanan tinggi (high impact) terhadap kaki anda. Bila anda sudah meningkat dewasa, kaki anda akan lebih mudah tercedera dengan aktiviti tersebut. Berbasikal adalah aktiviti yang memberikan tekanan yang rendah (low impact) yang sesuai untuk mereka yang pernah mengalami kecederaan kaki atau kecederaan pada pinggang. Selain dari itu aktiviti berbasikal juga sangat baik untuk jantung.

6 thoughts on “FAQ tentang Perpatih

  1. Tinggal di labu.ada cadangan nak beli MTB.Apa brand yg sesuai utk begineer n brape speed yg di cadangkan.Di Seremban…ada cadangan kedai yg menjual MTB dan menawarkan harga yg menarik selain yg di S2.

    • Tq sebab abang berminat nak join. Basikal jenis apa ni payah nak jawab. Abang minat kayuh atas jalanraya atau kayuh offroad. Kalau minat kedua-dua sekali elok beli basikal MTB, boleh kayuh road dan boleh kayuh offroad. Kalau beli roadbike dah tentu boleh kayuh road sahaja. Duduk di mana sekarang ni?

Leave a reply to rosilan Cancel reply