CABARAN BUKIT PUTUS 2.0 JAMBORI MTB PERPATIH 2014

bkt putus challenge newAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua riders. Perpatih Cycling Club dengan kerjasama KRT Taman Bandar Senawang akan menganjurkan Cabaran Bukit Putus 2,  Jamboree MTB Perpatih.

          • Tarikh: Ahad 17 Ogos 2014
          • Tempat: Taman Bandar Senawang, Senawang, Negeri Sembilan.
          • Masa Pelepasan: 8.15 (race) 8.30 (jamboree)
          • Jarak kayuhan: Lebih kurang 32 km 
          • GPS: 2.69992, 102.00670 (2° 41′ 59.712″, 102° 0′ 24.1194″)

Setelah berjaya mengendalikan Cabaran Bukit Putus ver 1.0 pada tahun 2011, kami di Perpatih Cycling seakan-akan menyepikan diri untuk mengendalikan acara berbasikal MTB di Senawang. Namun atas desakan rakan-rakan berbasikal, kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengembalikan kemeriahan acara MTB di Senawang yang akan dikenali sebagai Cabaran Bukit Putus 2. Kepada yang pernah menyertai cabaran pertama kami menjanjikan hampir 50% laluan yang baru yang akan bermula dari Taman Bandar Senawang, Panchor, Taman Nusa Intan dan Cendol Leman Dawi. Laluan tarmac adalah lebih kurang 30% dan selebihnya adalah laluan offroad yang meliputi bukit bukau, pylon TNB serta ladang kelapa sawit. Puncak tertinggi adalah 200 meter dari aras laut dan jarak kayuhan adalah lebih kurang 30 km sahaja. Kepada rakan-rakan sekelian anda semua dijemput untuk menyertainya. Setelah sebulan berhari raya inilah masa yang sesuai untuk membakar lemak-lemak dengan mendaftar untuk Cabaran Bukit Putus 2.0. Adakah trail versi kedua ini sama mencabar dengan versi pertama atau lebih sukar? Tepuk dada tanya selera. Keputusan di tangan anda, kedatangan anda kami nantikan dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan, helmet Giro kami tadahkan. Maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran penyertaan, elevation dan laluan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Trail sudah 80% dipastikan arah laluannya.

“BIAR HONGEH JANJI PUEH”

(Tiring but satisfying) A. FAKTA ACARA Setiap peserta yang mendaftar akan menerima “GOODIES BAG” yang mengandungi: 1) Nombor Plet. 2) Chip transponder (bagi kategori RACE sahaja). 3) Kupon cabutan bertuah. 4) Kupon makan. 5) Sehelai T shirt (dry fit ) kenang-kenangan. B. CABARAN BUKIT PUTUS 2.0 (RACE)

  • Yuran Penyertaan = RM 60 (beserta chip transponder)
  • Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 400 peserta sahaja
  • Kategori Yang di pertandingkan
    1. Lelaki Remaja ( 15-18 tahun)
    2. Lelaki Terbuka ( 19-39 tahun)
    3. Lelaki Master ( 40 tahun dan keatas)
    4. Wanita Terbuka (15 tahun dan ke atas)

Peserta kategori RACE akan dilepaskan 15 minit lebih awal sebelum pelepasan peserta jambori. C. JAMBORI PERPATIH 2014

  • Yuran Penyertaan = RM 50 (tiada chip transponder)
  • Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 1000 peserta sahaja
  • Tiada kategori yang dipertandingkan

PESERTA JAMBORI PERPATIH AKAN DILEPASKAN 15 MINIT SELEPAS PESERTA CBP 2.0

D. CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR

  • Klik disini —>http://bikeaway.com.my/announcement/view.cfm?AID=242)
  • No untuk dihubungi mengenai pendaftaran – Annuar Salehan 012 9783978 atau Camp 010 6438883.
  • Kepada yang mendaftar secara berkumpulan anda boleh emailkan butiran seperti Nama, IC, H/P, Kelab, Race/Jamboree kepada bukitputuschallenge@yahoo.com.my  . Pastikan anda sertakan sekali nama ketua atau pengurus pasukan untuk memudahkan kami membuat tindakan susulan atau pertanyaan.

E. HADIAH WANG TUNAI UNTUK CBP 2.0

Untuk semua kategori yang di pertandingkan

  • Juara – RM 500
  • Kedua – RM 300
  • Ketiga – RM 200
  • Keempat- RM 150
  • Kelima – RM 100

F. CABUTAN BERTUAH Setiap peserta yang mendaftar dan hadir untuk mana-mana acara pada hari tersebut layak dan berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah di akhir acara sewaktu penyampaian hadiah. G. TARIKH DAN LOKASI PENGAMBILAN ‘GOODIES BAG’ (akan dikemaskini) H. PENAJA (akan dikemaskini) I. GAMBAR-GAMBAR LALUAN SERTA PETA LALUAN Peta laluan di atas dibahagikan kepada 3 warna (kategori jamboree). JAMBOREE PERPATIH 2

  • Laluan Panchor (Laluan Hijau 10 km)
    • Anda akan bermula dari Taman Bandar Senawang dan anda akan mengayuh di tarmac sejauh lebih kurang 6 km sebagai pemanas badan. Masa ini anda semua tidak dibenarkan memotong safety car yang akan membawa anda hingga ke kolam pancing Panchor.
    • Sampai ke kolam pancing  safety car akan ke tepi dan anda bebas untuk mengayuh selaju-lajunya. Dari kolam pancing anda akan masuk ke Kampung Melayu Panchor dan laluan offroad bakal menanti anda di sana. Laluan offroad akan melalui kebun persendirian dan anda dinasihatkan supaya menghormati tuan punya kebun dengan tidak membuang sampah merata-rata.
    • Laluan adalah turun naik dan semua laluan boleh dikayuh dan boleh ditolak. Anda akan meneruskan perjalanan hingga sempai ke terowong dan dari terowong anda akan downhill hingga ke jalan lama Bukit Putus. Dari situ anda akan melalui jalan tarmac sebelum masuk ke laluan Sampah (Laluan Biru).
  • Laluan Sampah (Laluan Biru 6 km)
    • Laluan masuk ke sini akan membawa anda untuk melalui bekas kawasan pembuangan sampah. Laluan ini tidak jauh, hanya 6 km sahaja dengan bukit bukau yang beralun.Anda dinasihatkan supaya berhati-hati di sini kerana terdapat laluan yang agak licin dan berlumut semasa mendaki dan kesemua bukit boleh dikayuh atau ditolak bergantung kepada kekuatan kaki dan jantung anda.
    • Bukit terakhir laluan Sampah adalah bukit landai yang akan membawa anda ke sebuah van Volkswagen Combi yang kami gelarkan check point “van buruk” sahaja. Dari van buruk anda akan downhill melalui bukit “toot toot” hingga keluar ke kebun pisang dan terus ke jalan Nusa Intan.
    • Jalan Nusa Intan akan membawa anda melalui Taman Nusa Intan dan anda akan melalui tarmac serta sedikit laluan offroad yang agak rata. Hati-hati kerana mungkin terdapat lori yang keluar masuk kerana pembinaan masih berjalan di Taman Nusa Intan.
    • Dari Taman Nusa Intan anda akan masuk ke jalan kekacang hingga menyeberang sungai untuk memulakan cabaran seterusnya iaitu laluan Pylon.
  • Laluan Pylon (Laluan Kuning 16 km)
    • Cabaran bermula bila anda terpaksa mengharung anak sungai yang cetek. Kepada yang yakin anda boleh kayuh terus mengharung sungai dan kepada yang kurang yakin anda boleh menolak sahaja. Cara mana sekalipun, kami jamin kasut anda akan basah juga.
    • Selepas mengharung sungai anda cuma perlu menolak basikal melepasi tebing sungai. Laluan ini akan membawa anda mendaki dan menuruni bukit dan anda akan dihidangkan dengan downhill yang lazat dan lemak berkrim (lepas uphill mesti downhill kan…)
    • Laluan Pylon anda akan melalui beberapa bukit yang agak mencabar ie Bukit Adik Manja, Bukit Manja dan Bukit Pylon.
    • Daripada sungai hingga ke Pylon adalah lebih kurang 7 km sahaja. Sampai ke puncak Pylon anda sudah boleh berbangga kerana pada kami anda sudah menerima ijazah bila berjaya menawan bukit Pylon. Ada laluan yang agak berbatu tetapi saya percaya anda boleh menawannya samada berkayuh atau menolak.
    • Dari Pylon anda akan downhill sejauh lebih kurang 1 km. Hati-hati kerana ada alur air dan anda mungkin tergolek olehnya. Kami akan meletak marshall untuk memperlahankan anda disamping mengingatkan anda tentang bahaya di situ.
    • Selepas downhill Pylon kebanyakan laluan adalah mendatar dan terdapat bukit-bukit ringan hingga penamat.

(akan dikemaskini – check point dan water station)

Gotong royong memikul basikal melepasi sungai.

Gotong royong memikul basikal melepasi anak sungai.

Antara cabaran yang perlu ditempuh - meranduk sungai.

Antara cabaran yang perlu ditempuh – meranduk sungai.

Melepaskan lelah sebelum pendakian ke pylon.

Melepaskan lelah sebelum pendakian ke pylon.

Pendakian menuju pylon.

Pendakian menuju pylon.

Puncak pylon.

Puncak pylon.

Puncak Pylon

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Harga yang perlu dibayar jika tidak berhati-hati.

Rider tidak mengalami sebarang kecederaan. Hanya ego yang tercalar.

Laluan pylon

Laluan pylon menuju cendol Leman Dawi

IMG-20140714-WA032

T Shirt Dry Fit untuk peserta

1. Tahukah anda Cendol Leman Dawi hanya kira-kira2 300 meter dari simpang menuju laluan Bungalow. 2. Setelah berjaya menawan puncak Pylon anda akan dihidangkan dengan downhill sepanjang hampir 1 km. 3. Pada kami di Perpatih, kejayaan menawan puncak Pylon ibarat mendapat ijazah MTB. So kepada yang nak chicken loop, bayangkan anda ibarat menerima ijazah jika menamatkan jamboree ini. 4. Sebelum mendaki Pylon terdapat satu water station semulajadi di situ. Air yang terdapat di situ adalah jernih dan tidak tercemar dan sudah banyak kali diminum oleh rider yang ingat dia boleh hidup dengan air oren sebotol sahaja.

Advertisements

Kongsi idea anda bersama kami...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s