Al-Fatihah dan takziah.

Perpatih ingin merakamkan ucapan takziah kepada salah seorang ahli kelab Perpatih, Muhamad Afifi Muhamad Saad kerana telah kehilangan ayahanda tercinta pada hari Isnin 16 April 2012. Kepada warga Perpatih yang beragama Islam sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Perpatih de Bangkinang Challenge, Ahad 20 Mei 2012.

Perpatih dengan kerjasama Homestay Laman Bangkinang akan mengadakan jamboree berbasikal pada:

          • Tarikh: Ahad, 20 Mei 2012.
          • Masa: 8.30 pagi 9.00  pagi.
          • Tempat: Laman Bangkinang, Batu Kikir, Negeri Sembilan.
          • Jarak: +-34 km.
          • GPS: Laman Bangkinang 2.863964,102.238727
          • Yuran Penyertaan: RM40 sahaja.
          • T-Shirt, goodie bag, makan tengahari serta cabutan bertuah untuk semua peserta.

Kayuhan kali ini akan melalui laluan tarmac dari Laman Bangkinang yang terletak di Kampung Tapak Sekolah hingga ke Kampung Guntur. Laluan selesa berakhir dan anda akan dihidangkan dengan laluan offroad hingga ke Jeram Tengkek. Kepada rider yang sudah kelesuan, inilah masa terbaik untuk menyejukkan diri dengan berendam di Jeram Tengkek. Check point dan water feeding akan disediakan di sini. Dari Jeram Tengkek anda akan melalui jalan kampung dan seterusnya anda akan melalui jalan kebun kelapa sawit dan juga kebun getah. Laluan offroad tidak berakhir di sini sebaliknya selapas ini anda akan dihidangkan dengan laluan permatang sawah. Laluan permatang ini sungguh santai dengan pemandangan indah. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini, mana tahu ada kerbau atau burung bangau yang akan bersama-sama anda kelak. Selesai offroad kita akan melalui jalan-jalan kampung hingga ke Laman Bangkinang Semula.

Jumlah yuran penyertaan serta kategori pemenang akan diberitahu kelak. Save the date riders,  Sunday, 20 May 2012. Maklumat lanjut akan diberitahu dari masa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan penyertaan sila hubungi Kamarul 010 6000909, atau email campro_z@yahoo.com.  Untuk mendapatkan gambaran bentuk mukabumi dan geografi kayuhan Bangkinang Challenge, anda boleh klik Everytrail.

Kategori

  1. Lelaki terbuka. Hadiah no. 1 – 10.
  2. Wanita terbuka. Hadiah no. 1 – 10.
  3. Veteran (40 tahun ++). Hadiah no. 1 – 10.

Pastikan anda mengisi kategori anda dengan betul. Jika anda atau team manager anda gagal berbuat demikian kita akan masukkan ke dalam kategori “terbuka” secara automatik.

Penginapan

Terdapat beberapa pilihan tempat penginapan yang ada di sekitar Batu Kikir dan Bahau. Anda boleh memilih untuk tinggal di hotel, asrama atau homestay.

  1. ERA Hotel di Bahau dengan harga serendah RM100 /semalam (bilik standard).  Tel 06-455 3300.  Lebih kurang 30 minit untuk ke Laman Bangkinang. GPS 2.806308,102.400566.
  2. Jelai Hotel Bahau dengan kadar serendah RM50/semalam. Tel 06-4547000. GPS 2.808049,102.395979.
  3. ACBE Hotel, Bahau. Tel 06-4544128. GPS 2.808049,102.395979.
  4. Hotel Bahau, Bahau. Tel 06-4541059 .
  5. Hotel KSJ Bahau, Tel 06-4544100, Pn. Faridah : 012 271 4264, Pn Hasnah : 017 381 5412.  GPS 2.810953,102.400614.
  6. Lim Boon Yaw, Bahau. Tel 06-4542734. GPS 2.811232,102.40195.
  7. Homestay Laman Bangkinang.  RM40/seorang/semalam termasuk makan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Abdullah Hassan 012-2752234.
  8. Homestay Mudin Hasan.  T19 Kg. Terusan, Juasseh 72200 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Md. Ridzuan Bin Hasan 019-277 3160.
  9. Homestay Kg. Lonek. Lonek Homestay, No.10, Kampung Lonek, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan. Hubungi  Pn. Badariah Ahmad 019-2871410 untuk maklumat lanjut.

Info

  1. Muat turun borang penyertaan di sini.
  2. Untuk menyemak senarai nama penyertaan anda boleh klik di sini.
  3. Bayaran boleh dibuat terus ke  akaun Maybank, Kelab Berbasikal Perpatih. Maybank  5551 2611 2415.
  4. Puncak tertinggi ialah 234 meter dari aras laut. Anda akan mula mendaki pada ketinggian 162 meter.
  5. Laman Bangkinang ialah sebuah homestay.
  6. Selepas puncak tertinggi anda akan downhill menuju ke Jeram Tengkek. Anda boleh bermandi-manda di sana.
  7. Laman Bangkinang bermakna “abang kayo adik sonang”. Tak percayo? Tanyo ketuo kampung situ.
  8. Cuba translate makna “eskelavet now… tomorrow morning”.

Check point dan waterfeeding

  1. Sticker CP1 akan ditampal semasa permulaan.
  2. Downhill yang agak mengerikan aka merbahaya terletak di loji rawatan air Tengkek – KM11.
  3. Waterfeeding 1 adalah di Jeram Tengkek – KM12.
  4. Berhati-hati bila anda melalui kebun getah pada KM17 kerana ada kawasan yang berpagar dengan kawat berduri.
  5. CP2 terletak di permulaan laluan kelapa sawit – KM16.
  6. CP3 di Kem Pusako – KM25.
  7. Waterfeeding 2 – KM27.
  8. Penamat di Laman Bangkinan – KM35
  9. CP4 (CP terakhir) pada KM31.

Perpatih de Bangkinang.

Perpatih de Bangkinang? Apo ko bonde eh tu? Hahaha… sabar den pun tak tau apo bondo eh ni. Tuan S/U yang menyebut-nyebut den tulih yo. OK, sebenarnya pihak Laman Bangkinang, Batu Kikir akan menganjurkan satu karnival di sana dan salah satu acara yang mereka ingin anjurkan ialah acara berbasikal. Pihak Perpatih Cycling Club telah diberi kepercayaan untuk menguruskan acara berbasikal, mereka kata mereka tidak ada pengalaman dan Perpatih yang lebih layak untuk menguruskannya.

Pada hari Khamis wakil Perpatih telah menemui ketua kampung merangkap pemilik Laman Bangkinang di Iqbal. Baru kami tahu yang El Presidente kita merupakan rakan baik dengan ketua kampung. Habis cerita lama keluar dan pada masa itu kami dapat melihat kesungguhan pihak Laman Bangkinang untuk menjayakan aktiviti berbasikal ini. Apa yang dapat kami katakan ialah, “kami kena check dulu laluan yang ada, sesuai atau tidak”.

Pada hari Ahad 1 April 2012, 4 orang wakil Perpatih telah bergerak menuju ke Batu Kikir untuk menemui orang kuat Laman Bangkinang. Selesai sarapan pagi kami telah bergerak menuju ke Laman Bangkinang untuk menaiki 4×4 milik saudara Man. Dari sini kami akan cuba untuk “recce” trail yang bersesuaian untuk jamboree nanti.

Ini hanya sebahagian dari gambar semasa kami survey trail yang pertama. Selepas 8 km tarmac anda akan mendaki bukit yang cukup tinggi, memang tinggi dan kalau hari hujan memang anda tidak dapat mengayuh dan pasti anda akan memikul basikal. Laluannya juga cukup jauh, hingga ke Kg. Langkap di Talang, Tanjung Ipoh. Total distance ialah 55km dengan laluan tarmac yang sungguh jauh. Jadi setelah berbincang kami abandoned trail ini tapi kami reserve untuk acara lain di masa akan datang.

Selepas makan tengahari kami bercadang untuk mencari satu lagi laluan dan kali ini ketua kampung mencadangkan laluan Jeram Tengkek. Kami tidak melepaskan peluang lagipun kita bukan punya banyak masa untuk mencari laluan pilihan. Jadi dengan Hilux kami meredah laluan Jeram Tengkek dan first impression kami ialah “wow, marvelous”. Pemandangan di kiri dan kanan adalah hutan dan kebun sahaja.

Perkampungan orang asli.

Amekaw, memang hijau je...

Sangkut lagi, kena pakai winch jugak...

Downhill menuju ke Jeram Tengkek. Lemak berkrim disukai ramai.

Jeram Tengkek.

Laluan ladang sawit.

Laluan kebun getah. "Very slippery when wet".

Laluan permatang sawah.

Kerbau di sawah.

Kami menamatkan tugasan lebih kurang jam 5 petang. Satu hari produktif yang membuahkan hasil. Jumlah perbatuan trail ialah lebih kurang 35km. Kami yakin yang program ini akan diteruskan cuma kami masih menunggu tarikh samada 13 Mei atau 19 Mei 2012, insya’allah. Kami akan mengemaskini laporan kami dari masa ke semasa jika ada sebarang penambahan atau pembetulan. Sekian dari kami.

(Disediakan oleh Timberland).