CABARAN BUKIT PUTUS 2.0 JAMBORI MTB PERPATIH 2014

bkt putus challenge newAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua riders. Perpatih Cycling Club dengan kerjasama KRT Taman Bandar Senawang akan menganjurkan Cabaran Bukit Putus 2,  Jamboree MTB Perpatih.

          • Tarikh: Ahad 17 Ogos 2014
          • Tempat: Taman Bandar Senawang, Senawang, Negeri Sembilan.
          • Masa Pelepasan: 8.15 (race) 8.30 (jamboree)
          • Jarak kayuhan: Lebih kurang 32 km 
          • GPS: 2.69992, 102.00670 (2° 41′ 59.712″, 102° 0′ 24.1194″)

Setelah berjaya mengendalikan Cabaran Bukit Putus ver 1.0 pada tahun 2011, kami di Perpatih Cycling seakan-akan menyepikan diri untuk mengendalikan acara berbasikal MTB di Senawang. Namun atas desakan rakan-rakan berbasikal, kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengembalikan kemeriahan acara MTB di Senawang yang akan dikenali sebagai Cabaran Bukit Putus 2. Kepada yang pernah menyertai cabaran pertama kami menjanjikan hampir 50% laluan yang baru yang akan bermula dari Taman Bandar Senawang, Panchor, Taman Nusa Intan dan Cendol Leman Dawi. Laluan tarmac adalah lebih kurang 30% dan selebihnya adalah laluan offroad yang meliputi bukit bukau, pylon TNB serta ladang kelapa sawit. Puncak tertinggi adalah 200 meter dari aras laut dan jarak kayuhan adalah lebih kurang 30 km sahaja. Kepada rakan-rakan sekelian anda semua dijemput untuk menyertainya. Setelah sebulan berhari raya inilah masa yang sesuai untuk membakar lemak-lemak dengan mendaftar untuk Cabaran Bukit Putus 2.0. Adakah trail versi kedua ini sama mencabar dengan versi pertama atau lebih sukar? Tepuk dada tanya selera. Keputusan di tangan anda, kedatangan anda kami nantikan dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan, helmet Giro kami tadahkan. Maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran penyertaan, elevation dan laluan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Trail sudah 80% dipastikan arah laluannya.

“BIAR HONGEH JANJI PUEH”

(Tiring but satisfying) A. FAKTA ACARA Setiap peserta yang mendaftar akan menerima “GOODIES BAG” yang mengandungi: 1) Nombor Plet. 2) Chip transponder (bagi kategori RACE sahaja). 3) Kupon cabutan bertuah. 4) Kupon makan. 5) Sehelai T shirt (dry fit ) kenang-kenangan. B. CABARAN BUKIT PUTUS 2.0 (RACE)

  • Yuran Penyertaan = RM 60 (beserta chip transponder)
  • Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 400 peserta sahaja
  • Kategori Yang di pertandingkan
    1. Lelaki Remaja ( 15-18 tahun)
    2. Lelaki Terbuka ( 19-39 tahun)
    3. Lelaki Master ( 40 tahun dan keatas)
    4. Wanita Terbuka (15 tahun dan ke atas)

Peserta kategori RACE akan dilepaskan 15 minit lebih awal sebelum pelepasan peserta jambori. C. JAMBORI PERPATIH 2014

  • Yuran Penyertaan = RM 50 (tiada chip transponder)
  • Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 1000 peserta sahaja
  • Tiada kategori yang dipertandingkan

PESERTA JAMBORI PERPATIH AKAN DILEPASKAN 15 MINIT SELEPAS PESERTA CBP 2.0

D. CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR

  • Klik disini —>http://bikeaway.com.my/announcement/view.cfm?AID=242)
  • No untuk dihubungi mengenai pendaftaran – Annuar Salehan 012 9783978 atau Camp 010 6438883.
  • Kepada yang mendaftar secara berkumpulan anda boleh emailkan butiran seperti Nama, IC, H/P, Kelab, Race/Jamboree kepada bukitputuschallenge@yahoo.com.my  . Pastikan anda sertakan sekali nama ketua atau pengurus pasukan untuk memudahkan kami membuat tindakan susulan atau pertanyaan.

E. HADIAH WANG TUNAI UNTUK CBP 2.0

Untuk semua kategori yang di pertandingkan

  • Juara – RM 500
  • Kedua – RM 300
  • Ketiga – RM 200
  • Keempat- RM 150
  • Kelima – RM 100

F. CABUTAN BERTUAH Setiap peserta yang mendaftar dan hadir untuk mana-mana acara pada hari tersebut layak dan berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah di akhir acara sewaktu penyampaian hadiah. G. TARIKH DAN LOKASI PENGAMBILAN ‘GOODIES BAG’ (akan dikemaskini) H. PENAJA (akan dikemaskini) I. GAMBAR-GAMBAR LALUAN SERTA PETA LALUAN Peta laluan di atas dibahagikan kepada 3 warna (kategori jamboree). JAMBOREE PERPATIH 2

  • Laluan Panchor (Laluan Hijau 10 km)
    • Anda akan bermula dari Taman Bandar Senawang dan anda akan mengayuh di tarmac sejauh lebih kurang 6 km sebagai pemanas badan. Masa ini anda semua tidak dibenarkan memotong safety car yang akan membawa anda hingga ke kolam pancing Panchor.
    • Sampai ke kolam pancing  safety car akan ke tepi dan anda bebas untuk mengayuh selaju-lajunya. Dari kolam pancing anda akan masuk ke Kampung Melayu Panchor dan laluan offroad bakal menanti anda di sana. Laluan offroad akan melalui kebun persendirian dan anda dinasihatkan supaya menghormati tuan punya kebun dengan tidak membuang sampah merata-rata.
    • Laluan adalah turun naik dan semua laluan boleh dikayuh dan boleh ditolak. Anda akan meneruskan perjalanan hingga sempai ke terowong dan dari terowong anda akan downhill hingga ke jalan lama Bukit Putus. Dari situ anda akan melalui jalan tarmac sebelum masuk ke laluan Sampah (Laluan Biru).
  • Laluan Sampah (Laluan Biru 6 km)
    • Laluan masuk ke sini akan membawa anda untuk melalui bekas kawasan pembuangan sampah. Laluan ini tidak jauh, hanya 6 km sahaja dengan bukit bukau yang beralun.Anda dinasihatkan supaya berhati-hati di sini kerana terdapat laluan yang agak licin dan berlumut semasa mendaki dan kesemua bukit boleh dikayuh atau ditolak bergantung kepada kekuatan kaki dan jantung anda.
    • Bukit terakhir laluan Sampah adalah bukit landai yang akan membawa anda ke sebuah van Volkswagen Combi yang kami gelarkan check point “van buruk” sahaja. Dari van buruk anda akan downhill melalui bukit “toot toot” hingga keluar ke kebun pisang dan terus ke jalan Nusa Intan.
    • Jalan Nusa Intan akan membawa anda melalui Taman Nusa Intan dan anda akan melalui tarmac serta sedikit laluan offroad yang agak rata. Hati-hati kerana mungkin terdapat lori yang keluar masuk kerana pembinaan masih berjalan di Taman Nusa Intan.
    • Dari Taman Nusa Intan anda akan masuk ke jalan kekacang hingga menyeberang sungai untuk memulakan cabaran seterusnya iaitu laluan Pylon.
  • Laluan Pylon (Laluan Kuning 16 km)
    • Cabaran bermula bila anda terpaksa mengharung anak sungai yang cetek. Kepada yang yakin anda boleh kayuh terus mengharung sungai dan kepada yang kurang yakin anda boleh menolak sahaja. Cara mana sekalipun, kami jamin kasut anda akan basah juga.
    • Selepas mengharung sungai anda cuma perlu menolak basikal melepasi tebing sungai. Laluan ini akan membawa anda mendaki dan menuruni bukit dan anda akan dihidangkan dengan downhill yang lazat dan lemak berkrim (lepas uphill mesti downhill kan…)
    • Laluan Pylon anda akan melalui beberapa bukit yang agak mencabar ie Bukit Adik Manja, Bukit Manja dan Bukit Pylon.
    • Daripada sungai hingga ke Pylon adalah lebih kurang 7 km sahaja. Sampai ke puncak Pylon anda sudah boleh berbangga kerana pada kami anda sudah menerima ijazah bila berjaya menawan bukit Pylon. Ada laluan yang agak berbatu tetapi saya percaya anda boleh menawannya samada berkayuh atau menolak.
    • Dari Pylon anda akan downhill sejauh lebih kurang 1 km. Hati-hati kerana ada alur air dan anda mungkin tergolek olehnya. Kami akan meletak marshall untuk memperlahankan anda disamping mengingatkan anda tentang bahaya di situ.
    • Selepas downhill Pylon kebanyakan laluan adalah mendatar dan terdapat bukit-bukit ringan hingga penamat.

(akan dikemaskini – check point dan water station)

Gotong royong memikul basikal melepasi sungai.

Gotong royong memikul basikal melepasi anak sungai.

Antara cabaran yang perlu ditempuh - meranduk sungai.

Antara cabaran yang perlu ditempuh – meranduk sungai.

Melepaskan lelah sebelum pendakian ke pylon.

Melepaskan lelah sebelum pendakian ke pylon.

Pendakian menuju pylon.

Pendakian menuju pylon.

Puncak pylon.

Puncak pylon.

Puncak Pylon

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Downhill dari pylon.

Harga yang perlu dibayar jika tidak berhati-hati.

Rider tidak mengalami sebarang kecederaan. Hanya ego yang tercalar.

Laluan pylon

Laluan pylon menuju cendol Leman Dawi

IMG-20140714-WA032

T Shirt Dry Fit untuk peserta

1. Tahukah anda Cendol Leman Dawi hanya kira-kira2 300 meter dari simpang menuju laluan Bungalow. 2. Setelah berjaya menawan puncak Pylon anda akan dihidangkan dengan downhill sepanjang hampir 1 km. 3. Pada kami di Perpatih, kejayaan menawan puncak Pylon ibarat mendapat ijazah MTB. So kepada yang nak chicken loop, bayangkan anda ibarat menerima ijazah jika menamatkan jamboree ini. 4. Sebelum mendaki Pylon terdapat satu water station semulajadi di situ. Air yang terdapat di situ adalah jernih dan tidak tercemar dan sudah banyak kali diminum oleh rider yang ingat dia boleh hidup dengan air oren sebotol sahaja.

Cabaran MTB Jelebu 2013, Kg Peradong- PENGAMBILAN GUDIES BAGAND RACE TAG

SALAM…

PENGAMBILAN GUDIES BAG BOLEH DIBUAT SEAWAL JAM 5 PETANG DI DEWAN D’SURY , KG PERADONG , JELEBU N. SEMBILAN

CARA KE SANA:

PANDU HINGGA KE PEKAN JELEBU/ KUALA KLAWANG

TERUSKAN PERJALANAN MENGHALA KE SIMPANG PERTANG

6 KM DARI PEKAN JELEBU/KUALA KLAWANG DISEBELAH KANAN ADA DEWAN….DISITULAH TEMPANYA…TEPI JALAN SENANG JUMPA

KOORDIANT GPS : 2.967892, 102.131643

 

 

 

 

 

tshirt dan medal

Slide1

Slide2

Assalamualaikum

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Daerah Jelebu dan Kelab Berbasikal Perpatih Negeri Sembilan ingin menjemput anda untuk menyertai acara Cabaran MTB Jelebu 2013 . Lokasi berkumpul adalah di DEWAN DASURY, Kg Peradong, Kuala Klawang yang terletak 7km dari Pekan Jelebu menghala ke Pasoh. PETA KE TEMPAT PERMULAAN BESERTA KOORDINAT GPS AKAN DI MUAT NAIK DALAM JANGKASAMA TERDEKAT. Penyertaan adalah terhad kepada 800 penyertaan.

Laluan yang berbukit bukau  melalui kawasan balak sudah pastinya menjanjikan pengalaman pendakian yang amat hebat dan mencabar minda. Laluan juga akan melalui ladang getah dan sedikit ladang sawit serta menyusuri tepian sungai.

Butir-butir Ringkas Acara:

Tarikh : 22 Disember 2013

Masa: 7 pagi- 1 Petang

Lokasi : Kg Peradong, Kuala Klawang Negeri Sembilan

Jarak Laluan : 30km (80% offroad)

Yuran Pendaftaran : RM 50 Anda akan menerima medal,tshirt ,race kit,kupon cabutan bertuah serta kupon makan

Kategori yang dipertandingkan:

A-     Terbuka Lelaki

B-      Remaja (13-18thn)

C-      Terbuka Wanita

D-     Senior Lelaki (40thn dan keatas)

Hadiah berupa wang tunai dan medal dari no 1 hingga 10 setiap kategori

Tempat 1     – RM 400

Tempat ke 2- RM 300

Tempat ke 3- RM 200

Tempat ke 4- RM 100

Tempat ke 5 hingga ke 10- RM50 setiap seorang

PESERTA YANG SEKURANG-KURANGNYA MELEPASI CHECK POINT PERTAMA LAYAK UNTUK MEMENANGI CABUTAN BERTUAH. HADIAH CABUTAN BERTUAH AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA

PENDAFTARAN- TELAH DITUTUP

YURAN= RM 50.00 setiap peserta akan menerima plet number, lucky draw coupon, lunch coupun, medal dan tshirt jamboree.

CARA UNTUK MENDAFTAR

1) Mendaftar secara online melalui CyclingEvents.my….sila klik disini DITUTUP

2) Saluran pendaftaran alternatif , klik disini  DITUTUP.

Untuk menyemak senarai daftar  sila klik disini

Sebarang pertanyaan sila email di campro_z@yahoo.com atau hubungi CAMP di talian +6010 6000909 (sms,whatsapps,call).

Penerangan tentang laluan penuh akan dikemaskini pada 10/11/2013 beserta gambar-gambar laluan.

Pemetaan menggunakan mapmyride apps

jelebu trail jpg

downhill offroad starting dhill balak uphill road hutan

KAYUHAN TOUR DE GHOMBAU- SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Salam..tshirt dan plet number boleh di ambil di bilik 106.hotel rembau.Sehingga jam 8 mlm. 22/6/2013

TERKINI:

BAGI NAMA-NAMA YANG TELAH BERDAFTAR DAN BELUM MEMBUAT PEMBAYARAN SILA LAKUKAN DENGAN SEGERA SEBELUM 17/6/2013 ATAU NAMA ANDA AKAN DIGUGURKAN UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA-MEREKA YANG NAK JOIN LAST MINIT.RAMAI GAK YG KECEWA TAK DAPAT JOIN NIH!…SO BERTINDAKLAH SEKARANG

AKAUN: MAYBANK

NO AKAUN KELAB BERBASIKAL PERPATIH : 555126112415

SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMARUL (CAMP) 010 6000909 SEKIRANYA PEMBAYARAN TELAH DIBUAT..

sekian.

Tahun ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah memilih Pekan Rembau sebagai tempat untuk sambutan Hari Belia 2013 peringkat negeri. Dengan itu PERPATIH CYCLING CLUB mengajak anda semua untuk menyertai KAYUHAN TOUR DE GHOMBAU pada hari tersebut.

Tarikh: Ahad, 23 Jun 2013

Tempat : Dataran Rembau, Rembau, Negeri Sembilan (Kordinat GPS 2.589295,102.093907)

Waktu : 8 pagi (SEMUA YANG NAMA TELAH DIDAFTARKAN SILA BERKUMPUL DI DATARAN REMBAU SEBELUM JAM 8 PAGI KERANA ADA SESSI BRIEFING SEBELUM KAYUHAN BERMULA.)

Bayaran : RM 30  (TSHIRT,MAKAN & LUCKY DRAW)  TIADA BAYARAN DIKENAKAN SEANDAINYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERKAYUH SAHAJA, NAMUN TIADA T SHIRT, MEDAL, MAKAN DAN TIKET LUCKY DRAW..

Jarak: +- 45 km (jalanraya sahaja)

Jenis basikal: Terbuka

Acara sampingan: King of Miku.

Walaupun Tour de Ghombau adalah fun ride tetapi kami rasa tidak salah untuk kami “inject a bit of challenge” untuk acara ini.  Hanya peserta-peserta awal yang sampai ke Kampung Batu sahaja layak untuk menyertainya. Kami menyediakan t shirt khas untuk 10 peserta terawal sampai ke puncak Bukit Miku dan pemenangnya akan menerima hadiah istimewa dari pihak penganjur. Kami akan mengemaskini maklumat tentang King of Miku dari masa ke semasa hingga ke hari kejadian.

Peserta adalah dinasihatkan agar memeriksa kesihatan sebelum menyertai kayuhan ini kerana penyertaan adalah atas risiko peserta sendiri, namun anggota keselamatan dan kesihatan seperti pihak polis, JPAM dan juga pihak rela akan turut berada pada sepanjang acara.

Untuk mendaftar secara online sila klik disini HARAP MAAF!!!..PENDAFTARAN SECARA ONLINE SUDAH PUN DITUTUP…SESIAPA YG BERMINAT UNTUK BERKAYUH SAHAJA PADA HARI KEJADIAN TIADA SEBARANG BAYARAN AKAN DIKENAKAN DAN ANDA TIDAK AKAN MENERIMA T SHIRT, GOODIE BAG SERTA MAKAN TENGAHARI. ANDA JUGA TIDAK LAYAK UNTUK MENYERTAI KING OF MIKU CHALLENGE. HARAP MAKLUM.

Untuk menyemak semula pendaftaran anda sila klik disini

Untuk melihat cadangan laluan klik sini (laluan ini belum ditetapkan secara mutlak, hanya cadangan. Sebarang perubahan akan dikemaskini).

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI

CAMP : 010 6000909

JAMARI : 0192688529

REMY : 0123890176

Pendaftaran baru serta pendaftaran semula ahli-ahli Perpatih Cycling.

Setelah setahun beroperasi, ahli-ahli kelab Perpatih diminta untuk mengisi semula borang pendaftaran untuk tujuan mengemaskini. Borang pendaftaran boleh diisi secara online dan data-data yang perlu diisi semula adalah minima. Adalah dinasihatkan sebelum anda mendaftar semula, eloklah kiranya anda membuat pembayaran yuran tahunan dahulu supaya anda boleh mengisi ruang bukti pembayaran dengan maklumat tarikh, masa dan jumlah. 

Dan tidak dilupakan juga kepada ahli-ahli baru yang ingin mendaftar secara sah dengan Perpatih. Anda juga boleh berbuat demikian di link yang kami sediakan. Istimewa kepada ahli-ahli baru, anda dikecualikan yuran pendaftaran (RM20 sekali bayar). Anda cuma perlu membuat pembayaran RM20/setahun sebagai yuran tahunan. Promosi ini kami berikan sehingga suku pertama 2013 (Mac 2013). Jadi apa tunggu lagi, mendaftarlah sekarang.

Sebarang pertanyaan anda boleh kemukakan di laman Facebook Perpatih. Kalau anda tanya di sini pun boleh tapi respons mungkin lambat sedikit.

Untuk membuat pendaftaran baru dan pendaftaran semula anda boleh klik di sini.